Wednesday, 28 March 2012

Kraf Dari Benang Kait

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia........ Syukur alhamdulillah akhirnya kesampaian juga niat di hati untuk mewujudkan blog ini. Saya suka kepada seni... kerana seni adalah sesuatu yang indah.. seni adalah sesuatu yang sangat halus.. seni juga adalah sesuatu yang Authentic!! Dan yang paling penting, seni adalah satu KEPUASAN! Tak kisahlah walau apa tanggapan orang lain tentang seni yang saya ketengahkan, namun yang pasti saya gembira bila dapat menghasilkan sesuatu........ Dan hasilnya.......... sudi-sudilah tengok ye...


Yang ni getah rambut dihiasi dengan bunga dari benang kait... Bunganya lebih besar dari duit 50 sen.. produk ni paling banyak dapat sambutan terutamanya dari rakan-rakan sekerja... alhamdulillah.. suka bila ada yang suka dengan hasil kerjatangan kita. Kadang-kadang penat juga nak buat, tapi memandangkan harapan kawan-kawan yang menghargai kerjatangan kita, gagahkan jugalah mengait... yang penting seronok!!


Gambar yang ni pulak getah rambut juga, tapi kecik sikit.. kalau budak-budak kecik pakai ikat rambut kanan kiri, memang tomeiii... (nak demo kat anak, rambut tak panjang lagi...huhuhu..) yang ni pun sambutan agak memberangsangkan juga... Besar bunga ni lebih kurang besar duit 20 sen..


 Seterusnya brooch bunga kait... Lebih besar dari duit 50 sen, dan pin belakang saya gunakan pin bulat. Bila tengok kat tudung kawan-kawan terhias dengan brooch ni... fuhhhh, tak dapat nak digambarkan macammana perasaannya... terima kasih kawan-kawan atas sokongan dari mula sampai sekarang ni ye...


Bookmark untuk kaki buku.... huhuhu......... Bunganya lebih besar dari duit 50 sen, tali panjang lebih dari buku teks budak sekolah... 



Headband untuk si kecil... Ibu si kecil pun boleh juga kalau nak pakai... 


Gambar hair clip ni agak kabur sikit.. tapi harap dapat gambarannya la ye...


Bekas tisu hasil tangan partner sehobi dengan saya...cantik kan... 


Setakat ni itu sahajalah yang dapat saya uploadkan... Ada beberapa koleksi yang belum sempat nak snap gambar. Insyaallah... entry akan datang... Komen-komen dari anda amat dialu-alukan untuk menambahbaik hasil akan datang... Kalau ada yang berkenan, besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. Jangan segan-segan untuk hubungi saya di  authentichandmade@gmail.com.

No comments:

Post a Comment